Logo KBBA

“Salam kak, Aqeel ni tak sihat. Dia muntah dah dua kali. Badan dia pun suam-suam”

Terkejut bila lepas terima panggilan dari cikgu sekolah. Call FIL untuk ambil dulu Aqeel dan call mr.ery. Pecut kereta 120KM/j balik rumah.

Tengok Aqeel dah bertukar baju. Pakai baju kakak Azwa. Moksu dia dah mandikan. Nampak Aqeel okey, cuma tak banyak cakap. “Adik sakit kat mana?”  . Dia cakap sakit kepala.

Sempat tukar t-shirt dan seluar panjang bawa Aqeel ke PPUM dengan motor. Naik motor lagi cepat dan senang parking. First, mr.ery bawa ke satu bahagian untuk kakitangan PPUM. Selesai daftar dan terang serba sedikit sakit apa, disyorkan untuk bawa ke Klinik Pediatrik bagi scan menyeluruh. risau jika ada kecederaan dalaman.

akibat jatuh
Misi tengah check suhu badan

Di Klinik Pediatrik, sekali lagi doktor tanya sakit apa? Doktor minta tunggu. Kelihatan ramai budak-budak kecil yang tidak sihat. Kebanyakkan demam. Nurse pula panggil, periksa suhu badan, periksa tekanan. Result semua ok.

Muntah selepas jatuhKalau tengok Aqeel memang tak macam orang sakit pun. tak duduk diam. Doktor panggil masuk dalam satu ruang dan baringkan atas katil untuk periksa luaran badan. periksa genggaman tangan, periksa ketahanan lengan dan kaki, periksa perut, periksa bahu, periksa lutut, periksa kepala. semua okey. tak ada sebarang bengkak dan badan boleh bertahan. Tapi doktor maklumkan, sekarang wad dah penuh.

Aku tertanya-tanya, “kena masuk wad ke Aqeel ni”

Doktor minta tunggu 1 Jam lagi di klinik untuk pastikan Aqeel muntah lagi ke tak.

Puncanya, malam sebelum tu Aqeel jatuh kat lantai. licin ada kesan air depan pintu bilik air. masa tu dia pula tengah lari. Mr.ery yang bunyi ‘ktukk’ kuat di lantai. Masa mr.ery angkat Aqeel, dia tak boleh berdiri. lembik. Aqeel tunjuk sakit kat dahi. bagi Aqeel baring kejap. tak lama Aqeel bangun main handphone.

Keluar makan malam, siap dia download beberapa games lagi. Esok paginya, Aqeel nampak murung. tak nak pergi sekolah katanya. tapi aku suruh pergi juga sekolah. dia bagitahu nak makan ubat. “adik demam ni mama, batuk”. Aku cakap tak makan lagi tak boleh nak makan ubat..lepas balik sekolah baru boleh makan ubat.  Belum habis sekolah aku terima panggilan dari cikgu.

Kalau anak jatuh dan dalam masa 24 jam anak muntah elok bawa ke hospital. Takut terjadi apa-apa. Tapi Aqeel, dia muntah kerana ada tonsil kat dalam tekak dan nak demam.

Tetap tunggu tempoh 1 jam di hospital. Mr.ery pergi solat Jumaat, aku paksa Aqeel makan. “Adik, ada sakit lagi?” . Kejap cakap ada kejap cakap tak ada. geramlah pula budak ni…main-main. Selepas tempoh 1 jam, jumpa doktor sekali lagi cakap tak ada muntah terus balik ke rumah. Balik dari hospital elok saja Aqeel. Alhamdulillah.

Banyak kali dah Aqeel jatuh terhantuk kepala. Paling teruk masa jatuh kat SINI

About emarieys

Ema has written 1030 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge