Salam Aidilfitri
Masih mood raya kan. Inilah raya kami tahun ini. Aku masih sasau sebab tak cukup tidur. Memang mengantuk giler. Adik-adik memang rumahnya kat Kelantan, nak tunggu berkumpul sama, sempatlah aku pergi beraya dengan keluarga mertua dulu pagi tu. Selepas sembahyang raya, terus bergerak ke Machang untuk beraya dengan mertua. My mom pun tak sihat masa pagi raya, bangun pun nak rebah sebab tak cukup tidur.
Kebiasaannya raya, my mom akan buat nasi dagang. Tapi tahun ni, my mom tempah nasi arab. Tak sempat nak masak laa, dah malam raya masih lagi kat booth berniaga.
Salam Kemaafan
Orang pertama yang bermaafan dengan my mom semestilah anak sulungnya. Baju raya yang aku pakai dan my mom pakai tu dari koleksi yang kitaorang juallah.
Kakak Azwa dan Ayra punya baju Cik Ngah dia belikan dulu. Lepas tengok warna baju mereka, barulah cari baju sendiri. Nasib baik ada baju yang sama warna dengan koleksi yang dijual.so, teruslah sambar.
Bermaafan dari cucu pertama, kedua hingga ke -6. Dah ada 6 cucu.
Ini my abah. Abah dengan mom dah lama pisah. Sejak dua tahun lepas, bila hari raya, kitaorang panggil abah datang rumah mom nak beraya bersama. Abah memang macam nilah, akan berjuraian air mata bila kumpul ramai-ramai.
Alhamdulillah sihat abah. Abah pernah kena serang strok sebelah badan. Kini, abah dah boleh bawa motor pun. Moga abah diberi kesihatan yang baik.
Tengoklah sasau tak sasau aku pagi raya tu. korang tengok cara aku pakai tudung pun dah boleh agak. kurang asam, tak ada siapa yang tegur pun. boleh my mom cakap ingatkan style along.
Budak kenit Ayra ni pun sama tak tidur. Masa pergi ke Machang, tiga beradik membuta saja dalam kereta. Dah tengahari tu, bersemangatlah sikit.
Baju Melayu untuk dua kekasih hati ni beli malam raya. Ingatkan nak sambar masa orang lelong kat booth tu, tapi tak ada saiz. Masuk pasaraya Econjaya, nasib baik ada warna sama.
Keluarga Abah Johari dan Ibunya Habesah. Sorang tak ada sebab jadi tukang gambar.
Tahun depan entah tema warna apa pula.
seronoknya beraya… bila dapat berkumpul seisi keluarga kan? Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin..
anuar recently posted…Kan Tok Penghulu dah Pesan… Beli rumah dulu Sebelum Kahwin!
SA tahun ni beli baju siap je…tak sempat nak tempah…
meriahnya..budak2 paling eksited
salam aidilfitri ema
maaf zahir n batin
Mesti semuanya gembira berkumpul ramai macam ini Ema.
Selamat Hari Raya, maaf zahir batin dari kakak
Bila dah ramai-ramai macam ni, ada banyak ragam termasuklah anak-anak 🙂
Ikhwan recently posted…Cara Daftar Sebagai Uber Driver
happy semua orang walaupun tak cukup tidur
Raihanah recently posted…Resveratrol dan Cucurmin Membantu Merawat Sopak / Vitiligo
Muka tetap ceria even memang tak cukup tidur malam raya kan
Noriza Rahman recently posted…5 Sebab Kenapa Surirumah Perlukan Iron Philips