Event Family Hotel Perkhidmatan Review Travel

Rasai Suasana Desa Di Agrofarmstay Resort Melaka

Resort Agrofarmstay@Skill-Tech, Durian Tunggal Melaka. Peluang bersama Kelab Blogger Ben Ashaari menginap di Agrofarmstay 2H 1M dalam suasana desa yang jauh dengan kesibukan kota terasa sungguh tenang dan nyaman. Resort Agrofarmstay boleh dijadikan satu destinasi percutian yang indah sekali. Bagi yang tinggal di kota, di sinilah pilihan yang tepat untuk menikmati percutian anda kerana resort Agrofarmstay ini di kelilingi pokok-pokok yang menghijau dan bertemakan alam semulajadi.

 

 

Selain sebagai satu destinasi percutian, resort Agrofarmstay ini juga sesuai untuk ahli korporat mengadakan mesyuarat, majlis kenduri kahwin, teambuilding mahupun hari keluarga. Bagi syarikat yang selalu bermesyuarat apa kata sekali sekala bawa ahli mesyuarat dalam suasana yang berbeza. Bila suasana berbeza, maka outputnya pasti berbeza. Dari setiap hari memandang dinding pejabat yang sama lebih baik memandang persekitaran hijau pula.

Kemudahan yang disediakan

Pelbagai kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh resort ini antaranya Bilik Mesyuarat Eksekutif, Bilik Seminar, Dewan Tertutup, Dewan Terbuka, Dewan Makan dan ‘Business Centre”. Kemudahan untuk santai-santai seperti Kolam Mandi Berbumbung, Bilik Karaoke, “Pet House”, Memancing, Padang Permainan, dan Surau juga disediakan.

Dewan Lily
Dewan Tertutup

Bagi yang meminati aktiviti lasak, anda boleh berkayak dan mandi lumpur.

Agrofarm menyediakan beberapa jenis penginapan antaranya sebuah Villa yang mempunyai 7 bilik tidur yang selesa. setiap bilik dilengkapi penyaman udara dan mandian alat pemanas. Ada ruang tamu, ruang makan dan dapur. Nak berBBQ pun boleh sambil melayan bunyi cengkerik. Penginapan Riverview dan Gardenview untuk mereka dari keluarga atau kumpulan yang kecil. Bagi yang sukakan ‘advanture’, boleh menginap di chalet yang boleh memuatkan seramai 8 orang.

 

 

 

Riverview

Semestinya akan merindui pengalaman menginap di Agrofarmstay ini bila pulang ke kota. InshaAllah akan datang lagi.

 

Anda berminat untuk merasai penginapan suasana desa, boleh hubungi Encik Bari 012-202 5647.

Facebook Agrofarm

Websitehttp://agrofarmstay.my/

 Lokasi:

Resort Agrofarmstay@Skill Tech

Lot 453, Batu 13, Jalan Tebong/Machap

76100 Durian Tunggal, Melaka.

About emarieys

Ema has written 1156 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor

You may also like...

6 Comments

  1. Macam menarik jer tempat ni.. 😉
    anuar recently posted…Sumber Inspirasi Kejayaan 2016 : Daripada Seorang Guru Kini JutawanMy Profile

  2. dari dulu depa jemput, tapi takde masa benar nak pi sana. hehe
    titan recently posted…Tak SEMUA sampah kekal jadi sampah. Ada sampah boleh jadi Sumber TENAGA.My Profile

  3. Walaupun kampung di Melaka tetapi belum sampai lagi disini. 🙂
    akubiomed recently posted…Main Sandboarding di pantai KlebangMy Profile

  4. Next time datang nak BBQ lak mesti happeningkan
    bonde zaidalifah recently posted…KALAU TAKUT TERSADAI TEPI JALAN, BAIK BACA TAKLIMAT DARI POLYTRON MALAYSIA NIH…My Profile

  5. menarik tempatnya sis
    Raihanah Ahmad recently posted…Kesan Kesihatan Disebabkan BauksitMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge