Mek Ayra ni boleh ke nak main acara sukaneka kanak-kanak. Entah faham ke tidak cara permainannya. Bila ramai dah sampai, acara sukaneka pun dah boleh mula. Budak-budak memang excited sangat untuk masuk pertandingan. Maklumlah nak dapat hadiah.

Acara Sukaneka

Acara kanak-kanak dibahagi ikut keluarga dan diasingkan mengikut kumpulan warna. Ada merah, hijau, biru dan kuning. Ayra tak join pun acara sukaneka tu. Tak sesuai dengan umur dia lagi.. lagipun tak pandai untuk bermain. Ayra punya permainan hanya bermain pasir sendirian. Hehehe..eh, kesian dia.

Kusut masai habis rambut selepas mandi kolam.

Lainlah si kakak dan abang. Memang bersungguh sangatlah bab masuk acara. Lebih-lebih lagi si kakak tu..kalau boleh semua acara dia nak main. Acara kepit bola sambil melompat. Hah, lompat laju-laju sikit.

Acara isi air dengan span. Yang ni team kakak dan abang menang.

Acara dewasa lelaki. Lari ikat kaki. Acara dewasa pun ikut kumpulan juga. Mr. Ery ketua kumpulan purple. Banyaklah juga kumpulan dibahagi. Acara ikat kaki ni, Mr. Ery dan kawan dia memang ke depan dulu, malangnya masa tukar ikatan kepada pasangan kedua..terus jatuh nombor 4…

Permainan untuk tambah mata kumpulan..baling buah kelapa. Wah, hebat Mr. Ery sekali baling..terus jatuh 4 botol.. dapatlah pungut mata.

Permainan dewasa perempuan, baling buah dadu.. dapat hitam langkah ke depan, dapat merah langkah ke belakang. Maju ke depan seluas langkahnya, undur ke belakang, seayu gayanya…hehehe

MamaEma paling suka main lambung kasih ni. Permainan untuk pasangan suami isteri. Tapi, kali ini tak dapat join pula. Tengah tidurkan Ayra..Dah mengamuk dah budak tu, nak tidur.

Hah, sanggup korang untuk main tarik tali? Merana pakat sakit-sakit badan.

Dah semua acara pun MamaEma tak join… Mandi kolam pun MamaEma tak turun..Makanya, MamaEma jadi photographer kat family day sebab bawa DSLR ni. MamaEma bawa pun untuk ambil gambar pastu bolehlah update dalam blog. Apapun kita tolong dengan ikhlas.

Group Photo

Semua dah berpenat main acara sukaneka..berkumpul untuk sesi group photo. Di manakah keluarga MamaEma? Jumpa tak? Tak cukup korum lagi ni..Abang Aqeel pun tak ada dalam ini..keluarga lain pun ada yang tak sampai-sampai lagi. Ramai juga keluarga kakitangan JTM rupanya…

Cari mana kami.

 

Dah habis acara, selesai makan tengahari. apalagi terjun balik kolamlah. Main sampai puas..habis terbakar semua kulit.. Ada mereka kisah? Yang mereka kisah nak mandi kolam jer.. Kita yang mak-mak ni, aduh, sakitnya mata tengok kulit anak-anak dah terbakar. Anak-anak tengah melasak. Ermm…Patutlah Datuk Seri Vida Qu Puteh tak kisah orang kutuk anak dia tak putih kan..sebab anak-anak tengah membesar dan suka buat apa yang mereka nak buat.. manalah mereka kisah lagi bab kecantikan bagai ni kan.

 

About emarieys

Ema has written 1061 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

One thought on “Acara Sukaneka Kanak-Kanak Dan Dewasa Hari Keluarga”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge