5 Barang Impian Dari Lazada Untuk Dimiliki Sempena Chinese New Year

Lazada tempat untuk miliki barang impian

Lazada adalah salah satu laman sesawang untuk membeli-belah secara atas talian. Sebut sahaja Lazada, semua orang tahu. Lazada menjadi tempat kegemaran MamaEma untuk cuci mata dan membeli belah kerana perkhidmatan dari Lazada sangat tip top. 5 bintang MamaEma kasi.

Apa sahaja barang impian yang diinginkan semuanya ada di Lazada. Perabot, peralatan komputer, pakaian lelaki, pakaian perempuan, barangan bayi, produk kecantikan, sukan, gajet, elektronik, elektrik, permainan dan macam-macam lagi dari pelbagai jenama, kualiti terbaik dan harga yang pastinya membeliakkan biji mata.

Masa yang ditunggu-tunggu semua orang apabila tibanya musim perayaan. Dengan kedatangan Chinese New Year 2017, Lazada kembali menawarkan jualan murah dengan diskaun berganda. Jadi, jangan lepaskan peluang ini.  Semestinya MamaEma pun tak akan lepaskan peluang untuk miliki barangan impian dari Lazada.

 

5 Barang Impian MamaEma Dari Lazada

Inilah senarai 5 barang impian yang sangat-sangat diingini oleh MamaEma untuk tahun 2017. Kenapa MamaEma inginkan 5 barang ini? Mari baca satu-persatu.

1. Philips Steam Generator Iron GC7620 (220g Steam Boost)

 

 

Dah lama orang bercerita pasal iron steam ini. MamaEma pun dah lama ‘aim’. Nak sangat iron ni untuk memudahkan kerja MamaEma menggosok baju sendiri, baju suami dan baju anak-anak. Setiap hari minggu, MamaEma terpaksa habiskan 4 jam untuk menggosok pakaian masing-masing dengan berat iron 2 kg. Yea, di rumah memang pakai iron beratnya 2 kg. Sampaikan mama yang datang ke rumah gosok baju pun cakap “along, beratnya iron ni, lenguh tangan ma nak gosok baju”. My mom pun bising gosok baju sehelai… MamaEma berhelai-helai…sampai timbul muscle tau.

 

2.[Twin Pack] Deka X6P 5 Blades Gun Metal 56′ Ceiling Fan w Remote Control

 

 

Dengan harga RM399 sahaja dapat 2 buah kipas. Harga murah dapat lagi free back bag. 3 tahun waranti. Siapa yang tak nak. Barang kedua yang diimpikan MamaEma sebuah kipas jenama Deka. MamaEma pilih kipas ni untuk dipasang di rumah baru yang siap 2 bulan lagi. Sekarang ini memang sikit-sikit cari barang untuk rumah baru. Nak beli sekelompok memang kopak poket MamaEma…eh poket suami MamaEma.

 

3. Ewant YBD6-100 6L Multi-Functional Electric Pressure Cooker (Red)

 

 

Berkenan sungguh Pressure Cooker warna merah ni. Sesuai dengan sambutan perayaan Chinese New Year yang bakal tiba. Korang mesti gelakkan kalau MamaEma pecahkan rahsia yang MamaEma tak pernah ada apa-apa periuk yang menggunakan aliran eletrik. Betul. Memang tak pernah ada. Aktiviti memasak MamaEma pakai dapur gas sahaja. Kadang-kadang tengah syok tonton televisyen, leka sikit boleh hangit nasi atas dapur. Tahun 2017 ini, MamaEma nak dapatkan Multi-Functional Electric Pressure Cooker.

 

Barang impian yang istimewa untuk kesayangan

 

4. HP Lenovo A806 1B (White)

 

 

Kalau impian kita untuk berikan sesuatu barang kepada orang yang kita sayang, impian itu mudah untuk dimiliki. Betul tak? Barang ke-4 yang menjadi impian MamaEma adalah sebuah handphone jenama Lenovo. MamaEma nak hadiahkan handphone ini kepada suami MamaEma sebagai hadiah hari lahir nya pada 30 Januari nanti. Walaupun harganya murah, pasti suami hargai pemberian dari sang isteri… tak gitu Mr.Ery? Dah banyak tahun tak bagi hadiah hari lahir Mr.Ery, kan merajuk pula dia.

 

5. Delsey Vavin 82cm Expandle Extra Large Trolley Case-Red

 

 

Barang ke-5 untuk dimiliki sebuah ‘laggage’ bersaiz besar. Kenapa MamaEma pilih ‘laggage’? Keluarga MamaEma dah 5 orang, selalu balik kampung. Kebiasaannya, bila balik kampung, pack pakaian mesti 2 atau 3 beg diperlukan. Untuk jimatkan ruang dalam kereta, MamaEma  perlukan ‘laggage’ yang bersaiz besar yang boleh muatkan semua pakaian-pakaian kami. 1 beg untuk 1 keluarga. Jimat ruang, jimatlah tenaga untuk angkut beg nanti. Warna merah juga yang berkenan di hati.

 

RM2,017 untuk 5 barang impian

 

Selesai sudah MamaEma memilih 5 barang impian dari Lazada untuk dimiliki tahun 2017. Walaupun harga barang sentiasa berubah tetap lagi dikira murah. Jumlah untuk 5 barang impian MamaEma sebanyak RM2,017. Wah, jumlah tepat dengan tahun 2017.   Tahun 2017 tahun ayam, MamaEma lahir pun tahun ayam. Harap ada ‘luck’ untuk MamaEma memiliki 5 barangan yang diimpikan. Doakan untuk MamaEma yer.

 

 

Banyak barang impian yang boleh dimiliki di Lazada ini. Jika korang pun ada keinginan untuk dapatkan barang impian korang boleh klik SINI atau klik banner di atas. Semoga ada luck untuk korang juga. Terima kasih Lazada.

 

 

 

 

About emarieys

Ema has written 981 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

7 Comment

  1. ema, aju pun impikan saterika wap tu, mudah dah iron baju seisi keluarga 😉
    ajumohit recently posted…Shapee, jenama Bra Menyusu yang selesa dan berkualitiMy Profile

  2. Wow… bestnya.. ada promosi tahun baru cina dkt Lazada rupanya…
    anuar recently posted…Contest SEO : Belajar Buat BlogMy Profile

  3. Kalau boleh semua tu nak Ema
    Kakak tengok katil dia pun tergoda, tengok iron pun nak, tengok beg pun juga hihi…

    All the best Ema:)
    Kakzakie Purvit recently posted…Warna-warni hidanganMy Profile

  4. Sediakan duit sahaja lagi. 🙂
    akubiomed recently posted…Syampu Dashing Elite Men tanggalkan wax sekali cucianMy Profile

  5. dah penuh rumah saya dgn barang2 dari lazada. heee
    Mmg ok lah barang nya… yg penting kena pandai pilih supplier yg ok..

  6. dah siap ada wishlist lazada ye, moga tercapai ye sis. in shaa Allah

  7. Ada plan nak belikan isteri hanphone Lenovo, spec dia sama taraf dengan Samsung.
    Ikhwan recently posted…Nota Pengetahuan Am Latihan Separa PerubatanMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge