1st Birthday for Ayra Sufia

1st Birthday for Ayra Sufia. Pejam celik pejam celik dah setahun anak dara mama ni. Hari Jumaat lepas 25 Mac 2016, genap setahun Ayra Sufia. Sekarang tak pandai jalan lagi, berdiri pun kejap-kejap. Time orang tak layan dia,  time itu lah dia berdiri sendiri sambil sengih-sengih.. Bila cakap “tatih”, terus duduk, bukan nak melangkah kaki tu.

birthday cake

Orang cakap kalau nak cepat jalan letak dalam ‘walker’, tapi Ayra Sufia nampak ‘walker’ terus nangis..langsung tak nak. Orang cakap kalau tumbuh gigi dulu, jalan kemudian lah… gigi atas dah ada 4 batang, bawah dah ada 2 batang.

ayra bornday

1st Birthday Cake, mama beli kek  aiskrim tau. Kek kecil sesuai dengan usia setahun tu kan..hai, tengok mama macam tak puas hati dengan kek tu jer….tapi orang yang menghabiskannya si kakak dan abang…Ayra Sufia masuk jer dalam mulut sekali, terus tolak dengan lidah. tak sedap ke dik? Untuk 1st Birthday ni, mama tak buat parti bagai…malam tu, makan kat Perantau Hill, Putrajaya.. kebetulan ada cake aiskrim..teruslah beli.

happy birthday

Mama, ayah, kakak dan abang doakan Ayra Sufia membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Terima kasih pada Cik Ngah yer siap transfer duit untuk Ayra Sufia punya 1st birthday ni.. tak sempat nak jumpa cik ngah pula masa hari lahir Ayra Sufia ni.

 

 

About emarieys

Ema has written 1007 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

Comments

  1. Dah setahun dah ye. Kejap je. Happy bday syg Ayra Sufia. Comel la awak ni.

    Pasal belum berjalan tu, rasanya baru setahun tak la lambat. Luth dulu setahun 7 bulan baru berjalan. Org lain la yg sibuk suruh cari daun seringan la, apa la, tapi kami mak ayah luth ni relax je. Keluarga belah akak mcm tak kisah pun, masing2 kata alah, tiba time berjalan nanti berjalan la dia. Takyah risau.

  2. Lyafrina says:

    alahai..dh setahun dia..
    happy birth ayra
    smoga membesar dgn sihat..
    amin

  3. mrhanafi says:

    semoga ayra terus membesar sihat sebagai johan …aamiin

    pembesaran anak-anak sangat pantas dan luangkan masa yang sepatutnya bersama mereka setiap detik
    mrhanafi recently posted…Isu Duit Hantaran Dalam PerkahwinanMy Profile

  4. happy bday baby, anak saya pun dah setahun sebulan dah, skrg dah laju berjalan
    Raihanah Ahmad recently posted…Tawaran Menarik Sempena Promosi Shaklee April 2016My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge