Aidilfitri Tema Pink Peach Masih Sasau Tak Cukup Tidur

Raya Di Kelantan09

Masih mood raya kan. Inilah raya kami tahun ini. Aku masih sasau sebab tak cukup tidur. Memang mengantuk giler. Adik-adik memang rumahnya kat Kelantan, nak tunggu berkumpul sama, sempatlah aku pergi beraya dengan keluarga mertua dulu pagi tu. Selepas sembahyang raya, terus bergerak ke Machang untuk beraya dengan mertua. My mom pun tak sihat masa pagi raya, bangun pun nak rebah sebab tak cukup tidur.

Kebiasaannya raya, my mom akan buat nasi dagang. Tapi tahun ni, my mom tempah nasi arab. Tak sempat nak masak laa, dah malam raya masih lagi kat booth berniaga.

Raya Di Kelantan01Orang pertama yang bermaafan dengan my mom semestilah anak sulungnya. Baju raya yang aku pakai dan my mom pakai tu dari koleksi yang kitaorang juallah.

Raya Di Kelantan02Kakak Azwa dan Ayra punya baju Cik Ngah dia belikan dulu. Lepas tengok warna baju mereka, barulah cari baju sendiri. Nasib baik ada baju yang sama  warna dengan koleksi yang dijual.so, teruslah sambar.

Raya Di Kelantan03Bermaafan dari cucu pertama, kedua hingga ke -6. Dah ada 6 cucu.

Raya Di Kelantan07 Raya Di Kelantan06 Raya Di Kelantan05 Raya Di Kelantan04Ini my abah. Abah dengan mom dah lama pisah. Sejak dua tahun lepas, bila hari raya, kitaorang panggil abah datang rumah mom nak beraya bersama. Abah memang macam nilah, akan berjuraian air mata bila kumpul ramai-ramai.

Raya Di Kelantan08Alhamdulillah sihat abah. Abah pernah kena serang strok sebelah badan. Kini, abah dah boleh bawa motor pun. Moga abah diberi kesihatan yang baik.

Raya Di Kelantan10Tengoklah sasau tak sasau aku pagi raya tu. korang tengok cara aku pakai tudung pun dah boleh agak. kurang asam, tak ada siapa yang tegur pun. boleh my mom cakap ingatkan style along.

Raya Di Kelantan12 Raya Di Kelantan14Budak kenit Ayra ni pun sama tak tidur. Masa pergi ke Machang, tiga beradik membuta saja dalam kereta. Dah tengahari tu, bersemangatlah sikit.

Raya Di Kelantan15 Raya Di Kelantan17 Raya Di Kelantan16Baju Melayu untuk dua kekasih hati ni beli malam raya. Ingatkan nak sambar masa orang lelong kat booth tu, tapi tak ada saiz. Masuk pasaraya Econjaya, nasib baik ada warna sama.

Raya Di Kelantan18 Raya Di Kelantan13Keluarga Abah Johari dan Ibunya Habesah. Sorang tak ada sebab jadi tukang gambar.

Raya Di Kelantan09Tahun depan entah tema warna apa pula.

Hari Lahir Dan Hadiah Untuk Kakak Azwa

Birthday Girl2

Hari lahir kakak Azwa semalam. Selamat hari lahir untuk kakak Azwa. Semalam sempat post kat facebook je. Ramai juga yang ucapkan selamat hari lahir. Terima kasih semua. Ada yang bagitahu muka macam mama dia dah. yea ke? Masa kecik dulu, banyak ke arah muka ayahnya.

Birthday Girl1Biarpun setiap tahun akan jumpa tarikh hari lahir tapi tak setiap tahun pun sambut dengan kek. bagi hadiah bagai. Hari lahir tahun ni, kita bagi hadiah satu. Semalam, balik dari sekolah agama, kakak azwa sangat mengantuk..duduk di sofa pun boleh lelap. Pastu kitaorang suruh dia pergi ambil barang dalam kereta. Dia duk tanya barang apa? Barang mama je, ada kat seat belakang.

Kitaorang duk mengintai dari celah pintu nak tengok reaksi kakak azwa. Eh, bukan main lagi dia goyang kotak bungkusan tu. Hilang terus rasa mengantuk dia.

Birthday Girl2Ayahnya beli kasut roda. Dari tahun lepas lagi nak beli kasut roda ni. so, merasalah tahun ini.

Birthday Girl3Dan malam tadi, ada budak jeles. Tak lain tak bukan Abang Aqeel. Dia ingat kitaorang nak sambut hari lahir sama. nak buat tengah-tengah. Abang Aqeel punya hari lahir lagi 3 minggu jea. tunggulah ada hadiah ke tak nanti?

Buka Booth Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum. Selamat hari raya semuaa. Lamanya tak update blog emarieys. Hakak sibuk sikitlah. Letih berniaga masa bulan ramadhan tak hilang lagi. Itu baru seminggu jaga booth, adik jaga sebulan rileks je.

Walaupun jualan jubah online tak berapa hangat, tapi jualan di booth sangat baik. Tinggal 5 helai jubah yang tak habis. Sendiri pakai pun dah 2 helai. Yang lebihnya tak tahu nak buat apa. ingatkan nak bagi pada yang nak. Ada saiz 42 sahaja.

Buka Booth1Minggu pertama hingga ketiga, agak runsing juga sebab jualan tak berapa nak cantik. sehari sehelai dua jer yang terjual. Minggu keempat puasa, baru nampak ada peningkatan. Paling seronok berniaga malam raya. orang berpusu-pusu cari baju raya. tak sangka ramai yang cari baju last minute. Malam raya boleh tengok gelagat peniaga meLELONG barang mereka.

Buka Booth2Jam 5.00 pagi masih ada di booth. Berkemas. Sebelum siang kena angkut semua barang. Nanti kena ambil dengan orang Majlis Perbandaran.

Buka Booth3 Buka Booth4Syukur Alhamdulillah. Walaupun penat, bila terima hasil setelah tolak modal, sewa khemah, bagi adik…ada senyuman kat situ. Masih plan untuk sambung tahun depan. InshaALLAH..Doa-doakan yer.

Terima kasih pada beberapa pekerja Pasaraya Econjaya, Jerteh… hari raya datang bekerja dengan pakai baju raya dari Jubah Ayra.

Buffet Ramadhan Island BBQ Steamboat

Buka Puasa 02

Island BBQ Steamboat, Subang Jaya, Selangor. Buffet ramadhan dengan harga yang murah. Hujung-hujung ramadhan, nak masak-masak untuk berbuka di rumah dah rasa macam malas-malas jer kan. Nak berbuka di luar. Dalam hati tak sabar nak balik kampung jea. Betul tak?

Buka Puasa 01Berbuka puasa dengan kawan Mr. Ery. Dulu satu tempat kerja, sekarang kawannya dah kerja tempat lain. Tak lupa kawan, setiap bulan ramadhan memasing plan untuk berbuka bersama. Yang ni pergi masa minggu pertama bulan ramadhan lagi.

Buka Puasa 08

Island BBQ Steamboat lokasinya macam di kawasan taman perumahan. Asal rumah dan dijadikan tempat makan di luar. Jangan risau untuk parking kereta sebab kawasannya memang luas. surau pun sangat-sangat selesa.

Buka Puasa 04Mr Ery ni hantu seafood. memang syoklah dapat makan steamboat. Yang aku pula awal-awal lagi dah ambil mee kari. belum letak kuahnya takut kembang kan.

Buka Puasa 05hak ni dah letak kuah karinya…mee kari sedap.

Buka Puasa 02

Selain mee kari ada lagi makanan lain. nasi ayam, spaghethi, putu mayam, laksa, bubur, kuih-muih, ais krim pun ada.

Buka Puasa 03Yang terlebihnya nak makan steamboat.. satu kuah sup satu lagi kuah kari. Ambillah seberapa banyak yang nak. Janji kena habiskanlah. Jangan tamak dan membazir.

Bagi aku, inilah antara buffet ramadhan paling termurah sekali. Dewasa RM 31.90 dan kanak-kanak cuma RM9.90 untuk 6 tahun ke atas. Murahkan. Nak berbuka puasa di sini kena tempah awal-awal. sebab sentiasa penuh.

Boleh buat reservation di no-012-6800041 atau pm kat fanpage Island BBQ Steamboat. Dan setahu aku, minggu ni dah fully booked pun.

Koleksi Jubah Untuk Dijual

Jubah 3

Koleksi jubah untuk dijual. Inilah koleksi jubah yang ema jual ye. Banyak rintangan nak buat jubah ni. Macam tahun lepas walaupun tak keluar modal tapi tanggung rugi beribu akibat kena tipu dengan mereka ni. Terduduklah masa tu.

Yang ni, first time pergi cari kain sendiri untuk dijadikan jubah. cuma jahitlah upah orang. ema ni tak reti nak menjahit. kalau reti dah jahit sendiri. Tapi puas hati sangat jahitan jubah ni. Jahitannya sangat kemaslah.

Selain jual online, ada buka booth di depan Econjaya, Bandar Jerteh. Kongsi booth dengan sepupu. Adik yang tolong jagakan booth. Tak sabar nak balik raya, nak merasa niaga di booth.

Jubah 3

Koleksi jubah yang baru siap dijahit. Plastik pun belum sempat beli lagi.

Jubah 2

Nak upah model belum cukup modal. Nasib ada modal patung ni dulu..hehehe. Jubah ni wudhuk friendly. Ada zip dua-dua tangan. Paling suka, zip untuk mommy breastfeeding ni.. zipnya panjang dan tahan lasak. Jenis kain moss crepe, gosok pun mudah dan tak perlu ion beria-ia.

IMG20160509212507

Jubah Emarieys 12

Jubah Emarieys 10

IMG20160509212120

Jubah Emarieys 09

Jubah Emarieys 06

IMG_20160509_205520

Jubah Emarieys 15

Pelbagai warna ada. Purple, Pink, Hitam, Merah, Cream, Hijau (ke arah biru). dan belah tepi kiri kanan ada letak pelbagai warna.. contohnya ada yang hitam + merah, hitam+purple, pink+purple, cream+purple dan lain-lain lagi.

Dan yang ni jenis kain Valentino Satin. Idea design dari my mom sendiri.

Jubah Emarieys 02

Nasib baik ada adik yang nak jadi model tak berbayar kejap…hehehe

Jubah Emarieys 04

Jubah Emarieys 17

Jubah-jubah yang ema jahit dari saiz 34 – 42 sahaja. Boleh tengok chart ukuran di bawah ni.

Jubah 1

Siapa yang berminat nak dapatkan koleksi jubah boleh whatsapp ema 019-2496678. Harga ema jual di booth RM 129. Nak dapatkan harga special dari ema. Whatsapp saja. Terima kasih.